Ahad, 24 Ogos 2014

...Kenangan Lalu...



…KENANGAN LALU…
 Dulu, sewaktu saya tinggal bersama dengan kawan(e), saya telah berkenalan dangan seorang lelaki. Mulanya e telah menyuruh saya menelefon satu nombor untuk suka-suka. Tetapi selepas saya mendail, panggilan itu telah dijawab oleh seorang lelaki. Selepas berkenalan selama sebulan, kemi telah menjadi kawan baik. Tetapi dia bukan berasal dari sini. Saya tak perduli latar belakangnya sehinggalah saya mendapat tahu yang dia bekerja sebagai seorang pembunuh upahan. Kerjanya sangat berbahaya.....
  Saya merahsiakan pekerjaannya daripada orang ramai. Taknak beritahu sesiapa… Selama ini kami langsung tak pernah bertemu antara satu sama lain. Satu hari kami merancang nak bertemu. Kami bertemu di satu tempat yang tiada orang tahu.
  Selepas kami mengenali hati budi masing-masing dengan lebih lanjut, kami pun berkahwin selepas itu. Dia pun telah bersara daripada membunuh.  Sebulan kami berkahwin, kami hidup dengan bahagia. Sehinggalah muncul sekumpulan lelaki yang ditugaskan untuk menangkap dia. Kami terpaksa melarikan diri daripada ditangkap. Tetapi sewaktu sedang melarikan diri mereka telah berjaya menangkap dia. Dia ditembak didepan mata saya. Boom! Boom! Boom! Tiga tembakan yang kedengaran kuat… tiga butir peluru yang menembusi badannya… percikkan darah yang takkan pernah saya lupa…!
  Setelah berbulan perkara itu berlaku, saya berusaha kuat untuk melupakannya… Satu hari sewaktu mengemas barang di rumah, saya menemui satu surat…dari dia! Merujuk surat itu, ia menyatakan tempat dimana persembunyian dia selama dia menjadi pembunuh.
 Saya pun pergi ke tempat itu. Ia adalah sebuah kawasan yang berbukit. Di bukit itu diletakkan semua barangan dia. Bila melihat semua itu, ia mengingatkan saya kembali kepada dia. Teringat kembali pada saat ngeri kematian dia didepan mata saya. Ini menyebabkan air mata saya gugur dengan sendiri. Semakin lama semakin deras. Ia telah menghancurkan semua kekuatan yang telah saya bina untuk melupakannya selama ini. Kini kenangan ngeri itu semakin kukuh diingatan. Saya tinggalkan tempat itu…
Selepas beberapa tahun…
 Saya dah melupakan segalanya… langsung tak ingat! saya telah memulakan hidup baru dengan menjadi seorang peneroka alam. Kali ini saya telah diajak pergi bersama rombongan untuk mengkaji satu kawasan bukit yang ditinggalkan. Asalnya saya tak berminat tetapi setelah dipujuk berkali-kali oleh rakan pengkaji, akhirnya saya setuju…
  Melalui kawasan hutan yang mengambil masa selama 2 jam untuk sampai di kawasan tinggal itu, rakan saya menceritakan tentang lagenda  kawasan itu. Khabarnya tempat itu dimiliki oleh seorang lelaki yang merupakan seorang pembunuh. Ia merupakan tempat persembunyiannya. Walaupun rakan saya bercerita tentang asal tempat itu saya langsung tak berminat. Saya beritahu yang tujuan saya mengikut rombongan pengkaji itu ialah untuk melihat barangan tinggalan yang dikatakan hebat, unik dan jarang ditemui lagi. Dan khabarnya ia buatan sendiri. Bukan untuk mengetahui lagenda tempat itu. Peduli apa tentang lagendanya…
  Sebaik sahaja kami masuk ke kawasan tinggalan itu, saya merasakan satu perasaan yang lain timbul. Saya macam pernah tengok tempat itu. Dan sebaik sahaja saya ternampak barangan yang terletak di bukit tersebut, saya terpaku! Badan dan kaki saya bagaikan lumpuh dan menjadi lemah…
 Kini bila nampak barangan itu baru saya faham dan benar- benar faham tentang perasaan yang timbul sewaktu memasuki kawasan itu. Saya sedar kenapa kaki dan badan saya menjadi lemah, saya terus terduduk dan menangis. Ia tempat suami saya, tempat yang saya telah berusaha untuk melupakannya. Kenapa ia muncul semula setelah saya Berjaya melupakannya…
 Kini semua orang berkumpul di depan saya denga perasaan tertanya- tanya. Akhirnya setelah bertahun- tahun saya memendam dan cuba melupakan peristiwa pahit itu, saya membuat keputusan untuk menceritakannya buat pertama kali kepada orang lain. Saya akan berkongsi kenangan pahit ini, meluahkan semuanya… segalanya yang terpendam. Ia bukan lagi rahsia… saya akan pulangkan segala kenangan  yang pahit ke tempatnya semula. Biar segalanya tinggal di tempat itu, saya takkan membawanya bersama saya lagi…
 Tempat itu kini telah dibangunkan menjadi tempat lawatan. Ia menjadi tempat lawatan yang terkenal dangan lagenda kisah pembunuhnya. Kini kisah itu tiada lagi rahsia kerana ia telah dipaparkan disana. Sesiapa yang melawat pasti akan mengetahui kisah ini… Dengan ini saya akan lebih tenang…
Selamat tinggal, dia dan semua kenangan pahit… selamanya……!    


           
~IT’S A FICTION.. TIADA KAITAN DENGAN SESIAPA SAMADA HIDUP ATAU MATI~
~KARYA SAJA-SAJA, PADA MASA LAPANG~